Webinar 2D Animation II
24 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 23 Mei 2026, tiga orang peserta telah menyertai Webinar 2D Animation II yang dijalankan melalui platform Google Meet. Webinar ini disampaikan oleh Encik Faizal Hakimmy dan bertujuan memberi pendedahan lanjutan berkaitan animasi 2D, termasuk teknik pergerakan watak, timing dan spacing, aliran animasi serta proses penambahbaikan visual bagi menghasilkan kandungan animasi yang lebih menarik dan tersusun. Program ini diadakan bagi membantu peserta meningkatkan kemahiran asas dan pertengahan dalam penghasilan animasi digital dengan lebih kreatif dan sistematik.
Dalam sesi tersebut, peserta telah didedahkan kepada beberapa teknik penting seperti cara menghasilkan pergerakan watak yang lebih lancar dan realistik, penggunaan timing dan spacing yang betul dalam animasi, serta kaedah menyusun aliran pergerakan bagi memastikan hasil animasi lebih kemas dan menarik. Peserta juga diberi penerangan mengenai teknik penambahbaikan visual termasuk penggunaan kesan pergerakan, ekspresi watak dan susunan elemen animasi agar kandungan yang dihasilkan lebih berkualiti dan mudah difahami oleh penonton.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: